PAS – Parti Artis Se Malaysia

September 24, 2014 - 6 minutes read

Artis masuk Pas? Bob Lokman masuk Pas. Aisyah masuk Pas. Akil Haiy masuk Pas. Ito Blues Gang pun masuk Pas. Untuk apa mereka masuk Pas? Mencari cahaya keimanan atau mencari kepopularitian?

Pas bukan sebuah agama. Pas adalah sebuah parti politik. Di dalam Pas ada Nik Abdul Aziz Nik Mat, ada Abdul Hadi Awang, ada Mat Sabu dan ada Mahfuz Omar. Kerja dan peranan mereka ini bukan berdakwah. Juga bukan menyeru ahlinya ke arah kebaikan dan perpaduan.

Pas adalah sebuah parti yang menggunakan Islam untuk mencapai kepentingan peribadi pemimpinnya. Kali ini sedang berusaha giat untuk merebut Putrajaya bersama rakan parti gabungannya PKR dan DAP.

Kenapa artis masuk Pas? Hatta pelakon Hairie Othman dan Zulkifli Ismail pun dikatakan akan menyertai rakan-rakannya ini? Mereka akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mat Sabu dalam satu program ceramah di Taman Melewar, Gombak pada 6 Julai ini.

Pelakon Abby Abadi pun sudah berada atas pentas Pas, berceramah. Tetapi beliau menafikan akan masuk Pas. Katanya, kehadirannya pada program Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang di Marang, Terengganu anjuran Pas minggu lalu adalah atas ‘jemputan’ untuk berkongsi ‘pengalaman hijrah’ nya.

Kata Abby lagi, dia duduk di pentas Pas bukan sebab dia nak menceburi bidang politik.

Habis?? kalau bukan nak ceburi politik, kenapa perlu berada di atas pentas Pas? Kenapa tidak gunakan persatuan artis untuk menceritakan ‘pengalaman hijrah’nya? Apa ‘pengalaman hijrah’nya yang telah menyedarkan dia untuk tampil bersama pemimpin Pas?

Atau Abby dan artis-artis lain yang menyertai Pas mahu mengejar populariti setelah sekian lama mereka nama mereka tenggelam yang berpunca daripada kemunculan artis-artis baru? Kalau kecewa dengan dunia hiburan, kenapa parti Pas yang mereka cari?

Kenapa tidak tubuhkan NGO untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kepada produser-produser hiburan?

Parti politik bukan platform terbaik untuk mereka mencari cahaya keimanan, kebenaran dan jalan yang lurus. Parti politik tetap sebuah parti yang digunakan untuk mencapai hajat dalam kehidupan.

Kecewa dengan penerbit. Tidak berpuas hati dengan produser, mereka cari jalan singkat menyertai Pas. Lama kelamaan Pas – Parti Islam Se Malaysia akan menjadi Parti Artis Se Malaysia.

Penulis tidak pernah kenal akan nama Leman.

Khabarnya, Leman pernah menyertai program lawak – Raja Lawak. Mamat ini pun dikatakan baru menyertai Pas dan giat mengikuti siri ceramah di Batu Gajah.

Dulu kita dikejutkan dengan pembabitan pelawak tahun 70-an, pakcik Jamal Kerdil dalam parti pembangkang. Semuanya bukan
Mereka ini bukan artis tulen, yang tidak tahu akan erti dan makna pasang surut kepopularitian. Datuk Yahya Sulung, Datuk Jins kerana hendak mencari Islam, tetapi sebagai tindakan membantah ketidakpuasan hati kepada penerbit dan produser mereka.

Shamsuddin, Latifah Omar, Pak Jamali Shadat (sekadar menyebut beberapa nama), walaupun tidak lagi dipanggil berlakon, mereka

tetap akur dan menerima hakikat hidup sebagai roda.

Mereka tidak pernah menyuarakan atau menggugut masuk Pas atau mana-mana parti pembangkang untuk teruskan kepopularitian. Malah, mereka ini lebih disanjung mulia oleh masyarakat berbanding kumpulan-kumpulan yang kecewa ini.

Mungkin Bob, Akil, Ito, Aisyah, Hairie, Zulkifli dan Leman (juga sekadar sebut beberapa nama) menganggap orang-orang yang hidup

dalam keadaan tiada arah selama ini boleh kembali ke pangkal jalan, boleh mengenali Allah dengan lebih dengan lebih dekat dan dapat menumpukan kepada amal ibadat dengan masuk Pas, kerana menyangkakan Pas itu Islam.

Sedarkah mereka, ketika mereka masuk Pas, ramai pemimpin kanan parti itu keluar dari Pas? Kenapa tidak jadikan iktibar daripada penghijrahan Datuk Dr Hassan Ali serta ramai lagi dalam Pas yang makan hati berulam jantung?

Adakah artis-artis ini menganggap masuk Pas, segala dosa-dosa mereka terhapus dan diterima masuk ke syurga? Masuk Pas automatik boleh mendapat title ustaz, ustazah? Atau sekurang-kurangnya dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya?

Mungkin itu yang mereka cari sebenarnya. Bukan hidayah atau cahaya keimanan yang mereka mahukan dengan menyertai Pas.

Beberapa blogger mengulas kemasukan artis-artis ini dalam Pas. Mereka berkata, setelah puas bergelumbang dengan maksiat, bila sudah insaf, mereka pilih Pas sebagai tempat untuk tebus dosa kerana mereka sangkakan Pas adalah sebuah agama yang boleh menjanjikan syurga sekiranya menjadi ahli parti itu.

“Ingatan kepada artis, Pas bukan sebuah agama. Pas adalah sebuah parti politik yang menggunakan agama untuk menarik sokongan dan undi. Pas tidak boleh menjamin syurga dan neraka kepada ahlinya.

“Yang berdosa tetap berdosa. Dosa mereka hanya boleh diampun oleh Allah SWT dengan seseorang itu benar-benar insaf dan bertaubat nasuha. Masuk Pas tidak akan mensucikan dosa yang anda kumpul selama ini. Malah makin berdosa lagi sekiranya anda menganggap masuk Pas akan dapat menghapuskan dosa. Itu syirik namanya,” kata seorang blogger.