Malaysia berjaya menarik RM21.3 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Ini membabitkan lonjakan (kemasukan) FDI sebanyak 76 peratus berbanding FDI  RM12.1 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Ini jelas menunjukkan semakin ramai pelabur asing yang mengetahui kelebihan yang ditawarkan olehMalaysia.

Forum ekonomi dunia dalam laporan saingan global baru-baru ini juga menyatakanMalaysiatelah mencatat kemajuan penting dalam prestasi ekonominya.

Antara 142 negara yang dikaji, Malaysia menduduki tempat ke-21 tahun ini berbanding tangga ke-26 tahun lepas.

Malaysia juga adalah negara kedua dalam kalangan anggota Asean dan tempat keenam di Asia Pasifik.

“Peningkatan ketara FDI serta sentimen pelabur yang semakin positif terhadap prestasi ekonomi Malaysia, baik untuk negara,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.