Kerajaan BN Prihatin Perkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia

September 24, 2014 - 2 minutes read

pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas inisiatif membantu rakyat berpendapatan kecil dan sederhana dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Buat permulaan, Kedai Rakyat 1Malaysia ini dilancarkan di Kelana Jaya semalam oleh Perdana Menteri dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd diberi kepercayaan untuk menguruskannya.

Inilah konsep negara berkebajikan yang dilaksanakan kerajaan BN. Prihatin dengan setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Bukan sahaja harga petrol RON95 diturunkan sebanyak 10 seliter, pelbagai jenis barangan yang dikatakan dinaikkan harga oleh peniaga yang tamak pun telah dikawal oleh kerajaan dengan membukakan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Barangkali tercenggang dan terlopong mulut para pemimpin pembangkang dengan kewujudan kedai itu oleh kerajaan BN. Mungkin mereka masih tidak pernah Perdana Menteri boleh tercetus idea itu dan diterjemahkan semalam di Kelana Jaya.

Selama ini pembangkang lantang menghasut rakyat, menanam rasa benci masyarakat kepada kerajaan BN dengan membohongi kononnya kadar inflasi akan naik mendadak setelah banyak barang keperluan dinaikkan harga.

Kini, segala tohmahan itu tidak menjadi. Pembangkang gagal mengemukakan senarai harga barang keperluan yang dikatakan naik. Jika mereka menyatakan barang yang mahal itu dijual di pasar-pasar raya, kerajaan BN mempunyai alasan untuk meminta rakyat beralih kepada Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kita tahu di Mydin ada menjual barang keperluan dengan harga murah, kenapa kita mesti berkunjung ke kedai yang menjual harga mahal? Kita diberi pilihan untuk membuat penilaian. Kita seharusnya menilai secara bijak.

Menurut Perdana Menteri, kedai itu terletak di Stesen LRT Kelana Jaya dan diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd dengan kerjasama kerajaan.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama dan pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.

“Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara,” kata Perdana Menteri.